Thursday, February 3, 2011

Ku Tak Memerlukanmu

ku tak perlu kata sumbang
untuk menikam langkah yang baru mahu ku mula...

aku tak perlukan beku suara ikhlas
untuk memberi sejalur cahaya dalam duniaku yang gelap...

aku juga benci untuk terus
menatap wajah sinis yang kau pampang saban hari...

oh begitulah manusia tak sedar diri, cahaya yang sejalur mahu disimpan sendiri, konon boleh mendabik tinggi, padahal mati tak bawa budi...