Wednesday, February 2, 2011

Harga dan nilai sebuah persahabatan

Hidup takde kawan umpama teh tarik takde susu. Hambar,

kite perlu ade kawan yang akan sentiasa ada di belakang kita ketika susah dan senang.
Namun, dalam hidup berkawan, kita dapat kenal pelbagai ragam manusia di atas bumi ini.

KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG 
Masa kita senang, ramai yg akan menempel-nempel pada kita. Masa itulah, kau sahabat dunia akhirat aku. Kau lah segala-galanya. Masa itu mulut manis berbicara.Maklumlah nak bodek kawan. Kalau nk tahu sama ada seorang itu ikhlas berkawan dengan kita atau pun tak, tengok lah masa kita susah. Hanya ade beberapa kerat je yang sudi mendengar masalah-masalah kita. Bagi aku,mereka inilah yg patut korang hargai sebab sentiasa ada ketika susah ataupon senang. Sejujurnya, aku tak suka kalau seseorang itu berkawan sebab dia kaya, cantik, popular dan sebagainya. Apa yang korang dapat kalau dia cantik? bukan naik pon saham korang kan ?

KAWAN KITA PUN MANUSIA BIASA
Kita mungkin pernah je terasa dengan kawan-kawan tapi jangan disimpan didalam hati. Kadang-kadang, kalau kita pendam je dalam hati, jiwa kita sendiri yang kacau. Kalau sakit hati sangat, luahkan pada kawan-kawan lain yang rapat dengan kita. Biasalah,kawan-kawan pon manusia biasa, tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya, apatah lagi kita, manusia biasa. Maafkanlah kawan-kawan kalau ada tersalah tutur bicara. Tapi mungkin tahap kesabaran seseorang ada batasnya. Kalau setiap hari nk menyakitkan hati orang, siapa tak benggang kan?
Ade je manusia yang macam nie kt atas muka bumi...

KAWAN MAKAN KAWAN
Orang yang macam nie memang tak layak bergelar kawan. Ingat,hati-hati bila memilih kawan. Ada yang depan kita baik sangat, pijak semut tak mati. Tapi bila belakang kita, YA RABBI, hanya Tuhan saja yang tahu. Orang-orang macam nie kebiasaanya suka mengambil kesempatan ke atas diri kita. Ambil kesempatan atas kekurangan dan kelebihan yang ada pada kita untuk mencapai matlamat diorang.
Sebenarnya semua nie datang dari hati kita, kalau kita betul-betul ikhlas berkawan, InsyaAllah tak kan ada istilah kawan makan kawan, tikam dari belakang dan sebagainya. Dalam berkawan, jangan ada unsur iri hati dan dengki sesama kawan. Kalau ada masalah, cuba selesaikan secara baik.Ambil yang jernih dan buang yang keruh...
saya tak pilih kawan! tapi untuk kebaikan hidup, saya pilih.