Kini aku mengerti,
Cinta itu adalah penantian,
Yang penuh dgn kesabaran dan pengorbanan...
Maafkan aku kerana tiada kesabaran,
kerana takut ditinggalkan kenangan semalam,
Yang terungkit d saban malam...
Maafkan aku kerana tidak sanggup berkorban,
kerana takut aku yang terbungkam
dan ternoktah tanpa sempat aku berjalan...
Kini aku mengerti,
Cinta itu adalah penantian,
Yang penuh dgn kesetiaan dan kekuatan...
Maafkan aku hadiahkan kecurangan,
kerana sengaja mencalar hatimu dgn pendustaan,
Agar kau merasa kelukaan hatiku...
Maafkan aku yang hilang kekuatan,
kerana aku terlalu lemah,
untuk menjadi insan yang kuat...
Kini aku mengerti,
Penyesalan tiada gunanya,
Jika masa mampu kembali,
Sudah pasti aku terus mengekorinya...
Kini aku mengerti,
malangnya kehidupan ini,
Kerana yang pergi tidak akan pernah kmbali...